Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Sekolah Seni Malaysia KL dijangka beroperasi akhir 2018

9 MEI: Berikutan Sekolah Seni Malaysia yang ketiga dijangka siap pada Oktober ini, Kementerian Pendidikan mensasarkan tambahan 200 murid untuk ditempatkan di  ketiga-tiga buah sekolah seni itu menjelang tahun 2019.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kerajaan sedang berusaha menyediakan infrastruktur terbaik kepada mereka yang berpotensi dalam aliran seni.

“Setakat ini kita sudah ada dua sekolah seni iaitu Sekolah Seni Malaysia, Sarawak dan Sekolah Seni Malaysia, Johor. Pada ketika ini, kira-kira 800 orang murid mengikuti aliran ini.

“Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur adalah yang ketiga dan dijangka beroperasi selewat-lewatnya penghujung tahun 2018,,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), pada Selasa.

Bagaimanapun, menurut Mahdzir, sekolah ini sudah mempunyai 211 murid dari tingkatan satu sehingga tingkatan empat.

“Ketika ini, mereka ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam, Selangor.

“Apabila siap nanti, sekolah ini boleh menempatkan kira-kira 400 orang murid lelaki dan perempuan,” jelasnya.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2017 12:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: