Kategori Berita Utama

Seksyen 203a bukan lindungi rasuah dalam kerajaan

Pengenalan seksyen baru, iaitu Seksyen 203A dalam pindaan Kanun Keseksaan tidak akan menghalang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada terus memerangi dan membanteras rasuah.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim pada Khamis dalam satu sidang media ringkas di lobi Dewan Rakyat menafikan berita yang tersebar di laman-laman web pro-pembangkang yang mendakwa pengenalan seksyen berkenaan bertujuan melindungi perlakuan rasuah dalam kerajaan Barisan Nasional.

razali

Razali dan Mustafar

Sidang media itu turut dihadiri Pengarah Siasatan SPRM, Datuk  Mustafar Ali.

Ia memperuntukkan – “Sesiapa yang menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara yang telah didapati olehnya dalam pelaksanaan tugasnya atau penjalanan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai untuk satu tahun, atau kedua-duanya.”Seksyen 203 (a) Kanun Keseksaan itu adalah mengenai pendedahan maklumat oleh pegawai dan kakitangan awam.

Menurut Razali, seksyen itu tidak menghadkan kuasa penguatkuasaan SPRM.

Katanya, pihak SPRM masih boleh memanggil mana-mana pegawai atau kakitangan awam untuk memberi keterangan atau disoal-siasat berhubung sesuatu kes rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan-kuasa.

“Mereka yang dipanggil oleh SPRM masih wajib memberikan maklumat yang diperlukan seperti yang tertakluk di bawah undang-undang. Sama juga dengan kewujudan Akta Rahsia Rasmi (OSA). Pegawai atau kakitangan kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik OSA untuk tidak memberi keterangan berkaitan sesuatu kes yang disiasat,” katanya.

Apa yang dimaksudkan seksyen baru itu ialah pendedahan maklumat kepada media, internet dan pihak umum, di mana ia boleh menganggu atau menjejaskan siasatan, jelas beliau.-24/10/2013

Laman web Keadilan Daily

Laman web Keadilan Daily

203a selangorku

Laman web Media Selangorku

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2013 11:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: