Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Seksyen Profile kesan pemandu merbahaya

Seksyen Profile Pemandu ditubuhkan Kementerian Pengangkutan bertujuan memantau pemandu bas yang memandu secara merbahaya di jalan raya.

Seksyen baru ini juga akan ambil alih kaedah lama, Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang hanya mengendalikan kes-kes penggantungan dan pembatalan di bawah sistem mata demerit sahaja.

jpjbas2Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi berkata sistem yang akan dilaksanakan di bawah seksyen baru itu bukan sahaja berfungsi untuk menggantung atau membatalkan lesen memandu di bawah sistem mata demerit, tetapi turut akan mengambil tindakan kepada pemandu yang mengambil dadah.

Mereka juga akan menggantung serta membatalkan lesen memandu kenderaan perdagangan yang mempunyai saman tertunggak.

“Kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga telah mengkaji semula aspek pengoperasian dan pengeluaran permit dengan mengambilkira laluan lokasi dan reka bentuk jalan termasuk aspek pematuhan terhadap pelaksanaan Industry Code of Practice – Safety Health and Environment (I-COP SHE)

“Satu pekeliling baru pada 9 Oktober lalu telah dikeluarkan untuk menambah baik dan meningkatkan amalan keselamatan sebagai syarat lesen untuk kawasan operasi di kawasan tanah tinggi, iaitu berisiko tinggi,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Bentong yang meminta kementerian menyatakan langkah-langkah yang diambil supaya kemalangan bas Genting Highlands yang berlaku 21 Ogos yang lalu tidak berulang.

Dalam tragedi itu, pemandu bas henti-henti yang terlibat di dalam kemalangan tersebut, mendiang Lim Kok Hoe masih mempunyai 16 saman yang belum selesai, iaitu 15 saman atas kesalahan memandu melebihi had laju dan satu saman atas kesalahan menghalang lalu lintas.

Bagaimanapun, disebabkan pendakwaan untuk saman-saman pemandu ini masih belum dilaksanakan oleh pihak mahkamah, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak dapat menyenarai hitam lesen pemandu bas tersebut. -29/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 October 2013 2:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: