Kategori Ekonomi

Sektor pembinaan Malaysia kekal ‘overweight’

3 JAN: Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengekalkan saranan ‘overweight’ ke atas sektor pembinaan susulan pertambahan jumlah kontrak yang diberikan, terutama dalam seksyen kereta api.

Overweight merujuk kepada saham sesebuah syarikat yang memiliki nilai yang lebih tinggi berbanding sektor lain.

Dalam nota penyelidikan hari ini, bank pelaburan itu berkata saranan itu berasaskan momentum kukuh aliran kontrak yang berterusan sehingga satu atau dua tahun akan datang, dipacu beberapa kerja kereta api mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR).

Dalam nota itu, HLIB berkata kontrak domestik yang diberikan kepada syarikat kontraktor tersenarai pada suku keempat 2017 bernilai RM10.9 bilion, peningkatan 41 peratus berasaskan suku, dan 61 peratus berasaskan tahunan.

Peningkatan itu dipacu tiga kontrak Transit Aliran Ringan (LRT3) bernilai RM5.5 bilion yang diberikan kepada Sunway Construction Group Bhd, WCT Holdings Bhd, Gabungan AQRS Bhd, Mudajaya Group Bhd dan Econpile Holdings Bhd.

Selain itu kontrak asing turut meningkat pada suku keempat 2017 kepada RM1.5 bilion (suku ketiga 2017: RM35 juta; suku keempat 2016: RM52 juta), menjadikan keseluruhan kontrak asing yang diperoleh pada 2017 bernilai RM2.7 bilion, peningkatan 87 peratus berdasarkan tahunan.

Jumlah besar kontrak asing disumbang kerja-kerja IJM Corp bagi projek Lebuh Raya Solapur-Bijapur di India, bernilai RM1.3 bilion.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 4:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: