Kategori Ekonomi

Sektor pembuatan berkembang 8.2%

11 JUN: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada April tahun ini mencatatkan pertumbuhan 8.2 peratus kepada RM65.5 bilion berbanding RM60.5 bilion seperti dilaporkan pada April tahun lalu.

Jabatan Perangkaan berkata peningkatan ketara nilai jualan pada April didorong peningkatan produk peralatan elektrik dan elektronik (13.9 peratus), petroleum, kimia, produk getah dan plastik (6.3 peratus) serta makanan dan minuman serta produk tembakau (6.4 peratus).

Foto fail

Jumlah pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan bagi bulan yang sama meningkat 2.1 peratus kepada 1.07 juta orang berbanding 1.05 juta pekerja pada April 2017.

“Gaji dan upah meningkat 10.2 peratus kepada RM3.8 bilion, sekali gus mencatatkan purata gaji dan upah setiap pekerja kepada RM3,577 pada April,” lapor Bernama.

Nilai jualan bagi setiap pekerja meningkat 6.0 peratus kepada RM61,226 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 4.6 peratus pada April 2018 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan pada April disokong oleh kenaikan semua indeks, dengan pembuatan (5.3 peratus), perlombongan (1.8 peratus ) dan elektrik (5.8 peratus).

Keluaran sektor pembuatan meningkat 5.3 peratus pada April selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4. 1 peratus pada Mac.

Subsektor utama yang mencatatkan kenaikan pada April ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (6.6 peratus), petroleum, kimia, getah dan produk plastik (3.0 peratus), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam fabrikasi (4.7 peratus).

Pengeluaran sektor perlombongan mencatatkan kenaikan 1.8 peratus pada April 2018 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya berikutan kenaikan indeks minyak mentah (4.4 peratus).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2018 1:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: