Kategori Berita Utama

Sektor pengangkutan awam diseru sifar masalah

8 JUN: Semua pihak yang terbabit dengan sektor yang melibatkan kepentingan awam diseru untuk melaksanakan kerja-kerja pada keupayaan tinggi sehingga mencapai sifar masalah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ‘benchmark’ yang tinggi perlu ditekankan bagi sektor yang menjadi nadi kehidupan rakyat seperti sektor pengangkutan awam.

“Saya harap oleh kerana sistem pengangkutan ini begitu dekat di hati rakyat, kita mesti strive for zero defect.

“Jangan ada kecacatan dari segi perkhidmatan kita sehinggakan ada breakdown dalam servis harian, maknanya benchmark mesti tahap cukup tinggi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis sepetang bersama warga kerja Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, di ibu negara, pada Khamis.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz.

Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, situasi di Malaysia amat pelik kerana akan menyalahkan Perdana Menteri jika berlaku sebarang kesilapan atau kesalahan walaupun bukan dilakukan oleh Perdana Menteri.

Sambil memberi contoh dengan harga penurunan minyak semalam, Najib berkata, tidak ramai yang datang dan memberi ucapan tahniah atau terima kasih kepadanya, tetapi bila harga petrol naik ramai yang mencerca seolah-olah membiarkan beliau seorang kena hadapi krisis kenaikan harga minyak pada masa itu.

“Walaypun yang berlaku peringkat tu, yang dipersalahkan biasanya Perdana Menteri. Ini malaysia pelik, harga minyak naik, Perdana Menteri salah. Bila turun tak ada dapat pujian pun.

“Hari ini petrol turun patut kata ucap tahniah ke Perdana Menteri, tak ada juga. Bila naik Perdana Menteri kena pulun fikir nak turun tapi tak dapat pujian.

“Kita mesti faham saya tekan sebab mereka selalu persalahkan kepada Perdana Menteri walhal kita dalam satu kerajaan di mana kita ada cabang-cabang sistem kadang kala yang berlaku mungkin tecnhincian buat silap on the groung, orang tak buat check, sisten breakdown kerajaan di persalahkan,” jelasnya lagi.

Justeru itu, Najib berharap warga kerja Prasarana dapat tentukan budaya kerja tinggi, ada rasa tanggungjawab dalan kerja sehingga berjaya mencapai sifar masalah.

“Untuk capai ini kita kena tentukan high performande culture, bagaimana nak capai kena ada sense of pride dalam kerja kita lakukan.

“Kita kena pastikan mcm piece of art. Kita ni artist, dapat kepuasan dari kerja yang dilakukan. Islam anggap kerja adalah ibadah, Allah bagi ganjaran kepada kita nanti,” jelas Najib lagi.

Dalam pada itu Najib telah mengumumkan pulangan ekonomi sebanyak 13.3 billion pada tahun 2016 oleh Prasarana walaupun masih di peringkat 21 peratus ‘modal share’ pengankutan awam.

“Jumlah ini dijangkan mencapai 17 billion pada tahun 2017.

“Ini baru 21 peratus, cuba bayangkan ia menjadi 40 peratus menjelang 2030. Ini bukan sekadar kerja, tetapi bakti kepada bangsa dan negara,” katanya lagi.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada warga kerja Prasarana kerana bukan sahaja telah menaikkan nama Malaysia di mata dunia, tetapi telah memberi impak yang banyak kepada kehidupan rakyat negara ini.

“Disamping penjimatan masa yang dinikmati pengguna, ia juga memberi kesan baik kepada alam sekitar dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara kerana sistem pengangkutan awam yang baik,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 June 2017 6:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: