Kategori Berita UtamaTragedi MH370

Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong perbualan terakhir

1 APRIL :Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong” adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam ini.

Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.

Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.

Hisham MHKenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.

Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Misi pencarian pelbagai negara itu dilancarkan bagi menjejaki pesawat, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand serta koridor selatan yang meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis data satelit yang belum pernah dilakukan sebelum ini, firma telekomunikasi satelit UK Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MyH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777-200 itu “berakhir di selatan Lautan Hindi”.-

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2014 9:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: