Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Selangor cadang beku kenaikan gaji MB, Speaker dan Exco

11 JAN : Kerajaan PKR Selangor dikatakan bercadang membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, Exco, speaker dan timbalan speaker.

Bagaimanapun, ahli Exco, Ean Yong Hian Wah seperti dilaporkan Malaysiakini, pada Sabtu sebagai berkata bahawa kenaikan gaji Ahli Undangan Negeri (ADUN) kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lalu.

bezagajiKeputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus.

Kenaikan mendadak itu mencetuskan kritikan pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Rabu lalu memberitahu, akan membincangkan isu kenaikan gaji bersama pakatan rakyat sebelum Tahun Baharu Cina.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 January 2014 3:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: