Kategori Berita Utama

Selangor didakwa jual tanah ketika ‘caretaker goverment’

7 APR: Beberapa keraguan dipercayai timbul dalam urusan penjualan tanah Canal City di Kuala Langat termasuk perjanjian jual beli ketika Selangor ditadbir ‘caretaker goverment’ selain kekeliruan harganya.

Ahli parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, berlaku ketirisan dalam urusan perjanjian jual beli kerana penjualan tanah ditandatangani pada 15 April 2013 iaitu ketika kerajaan sementara memerintah.

Katanya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana ketika itu DUN Selangor telah dibubarkan iaitu pada 3 April 2013 bagi berdepan PRU 13. .

Selain itu, harga penjualan yang dilaporkan berjumlah RM1.7 bilion sedangkan yang diumumkan hanya RM844 juta bagi kawasan seluas 1,172 ekar atau 474 hektar.

NOH minta kerajaan Persekutuan terus siapkan projek Empangan Sungai Langat Dua.

NOH…akan buat laporan kepada SPRM

Noh membangkitkan perkara itu dalam sidang media di Parlimen, Isnin susulan laporan portal Selangorku pada 26 Mac menyatakan Menteri Besar Selangor sudah menjual tanah itu kepada Tropicana Sephire Sdn Bhd dan Sapphire Index Sdn Bhd.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor berkata mengikut perjanjian asal Permodahan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan MBI telah menjual tanah kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion tetapi bersyarat Tropicana perlu menjelaskan deposit RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

Manakala RM537 juta akan dibayar berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun dan baki RM458.26 juta adalah 5% daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

“Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki. Dan pada 26 Mac Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta dan ia bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki,” katanya.

Sehubungan itu UMNO Selangor menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut harga pasaran.

Malah dalam tempoh kurang dari satu tahun, tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.

Menurut Noh, Pemuda UMNO Selangor akan membuat laporan kepada Suruhjanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dalam minggu ini kerana melihat berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli dan akan mengemukakan bukti yang ada. – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2014 5:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: