Kategori Berita Utama

Selangor “kelepet” duit kerajaan pusat jadikan rezab

6 DIS:  Baca pendedahan berikut, dan nilailah sendiri bagaimana kerajaan negeri Selangor mengumpul rizab simpanan tunai hingga mencecah lebih RM2 bilion.

Kerajaan negeri Selangor antara lain  turut menyimpan wang peruntukkan pembanguan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat bukan membelanjakan wang berkenaan.

Antaranya ialah peruntukan untuk Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 3 yang dikeluarkan Isnin.

Laporan audit itu menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan RM640.24 juta atau 57 peratus daripada RM1.14 bilion yang diperuntukkan bagi MARRIS antara tahun 2010 hingga 2012.

BONGKAR...Noh Omar dedahkan tindakan kerajaan negeri Selangor guna peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Pusat untuk perbelanjaan mengurus.

BONGKAR…Noh Omar dedahkan tindakan kerajaan negeri Selangor guna peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Pusat untuk perbelanjaan mengurus.

Mengulas laporan berkenaan, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar mendedahkan, kerajaan negeri Selangor bukan sahaja menyalahgunakan peruntukkan MARRIS, malah telah menggunakan peruntukkan pembangunan lain untuk perbelanjaan mengurus.

“Kita bagi RM2.8 bilion sedangkan kerajaan negeri hanya RM600 juta sahaja. Memandangkan kita bermurah hati tanpa berputus asa terus memberi peruntukkan pembangunan, jadi kerajaan negeri mengambil kesempatan,” ujar Noh kesal.

Peruntukan tersebut, tegas Noh, merupakan perbelanjaan pembangunan dan ianya termaktub dalam Perlembabagaan di mana jumlahnya ditentukan menggunakan formula-formula tertentu.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) menghormati undang-undang. Walaupun kerajaan negeri Selangor tidak menggunakan peruntukkan MARRIS, kerajaan pusat tetap salur peruntukkan tersebut. Ini membuktikan keikhlasan BN untuk terus membantu rakyat.

“Walaupun duit itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan tetapi kerajaan negeri (Selangor) telah menyalahguna peruntukkan tersebut untuk perbelanjaan mengurus,” kata beliau kepada bnbbc.my di PWTC, Jumaat.

Peruntukkan yang tidak digunakan oleh kerajaan negeri Selangor bukan sahaja dipertikaikan oleh pemimpin BN, malah penasihat ekonomi mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim senada.

“Kalau penasihat ekonomi pun tidak seiring dan mempertikaikan apa yang dibuat oleh kerajaan negeri, tidak guna melantik penasihat ekonomi,” tegas Noh.

Noh turut menempelak Khalid kerana seolah melepaskan tanggungjawab pembangunan kepada kerajaan pusat sedangkan kerajaan negeri menggunakan wang pembangunan untuk belanja mengurus, dan bakinya disimpan mengakibatkan mmanfaatnya tidak dapat dinnikmati rakyat.

“Laporan audit mendapati duit itu tidak dibelanjakan pula. Khalid buat kerajaan negeri macam syarikat korporat sebab dia tokoh korporat.

“Mentadbir sebuah negeri tidak seharusnya disamakan dengan mentadbir sebuah syarikat. Duit yang tidak digunakan ini akan dimasukkan di dalam rezab simpanan. Itu yang dia bangga ada rizab simpanan berbilion ringgit.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2013 8:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: