Kategori Berita Utama

Selangor Kini: Azmin langgar titah Tuanku

13 JAN: Kerajaan Selangor diterajui PKR jelas melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila menjadikan masjid sebagai medan politik melalui penyebaran akhbar propaganda ‘Selangor Kini’ pada setiap Jumaat.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zein Isma Ismail berkata akhbar tabloid itu bersifat propaganda politik untuk menutup kelemahan kerajaan negeri.

Menurutnya, pemberian akhbar secara percuma setiap Jumaat, bukan saja melanggar titah Sultan yang tidak mahu masjid dijadikan medan politik, malah turut merosakkan kesucian masjid sebagai rumah Allah.

“Bagi saya kerajaan kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jelas menderhakai titah Tuanku Sultan yang tidak mahu masjid di jadikan medan politik kepartian.

“Jelas sekali Selangor Kini adalah akhbar propaganda kerajaan negeri. Ia sarat dengan penyebaran berita-berita berunsur fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.

“Oleh itu saya berharap pihak berkuasa agama negeri memandang serius perkara ini selaras dengan titah Tuanku Sultan.

“Masjid adalah medan penyatuan ummah dan bukannya tempat untuk meruntuhkan perpaduan umat Islam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Oleh itu jelas Zein (foto), beliau mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak dan memainkan peranan sewajarnya bagi memastikan masjid-masjid di negeri ini bebas daripada pengaruh politik.

Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah dan memberi amaran supaya masjid-masjid di negeri itu tidak dijadikan sebagai medan politik oleh mana-mana parti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 4:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: