Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Selangor negeri paling ramai pengundi PRU14

10 APRIL: Selangor merekodkan jumlah pemilih berdaftar paling tinggi iaitu 2,415,074 orang yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.

Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwartakan hari ini, sebanyak 2,388,614 pengundi di Selangor merupakan pemilih biasa, pengundi awal tentera, polis dan pasangan (25,462) dan pengundi tidak hadir luar negara (998).

Negeri kedua yang mempunyai jumlah pemilih berdaftar paling tinggi ialah Johor dengan 1,817,999 orang, diikuti Perak (1,510,864), Sarawak (1,220,960) dan Kedah (1,146,492).

Negeri dengan jumlah pengundi paling rendah ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 27,306, manakala Wilayah Persekutuan Labuan (28,356) dan Perlis (150,221).

Daftar pemilih suku keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,624 pengundi akan digunakan pada PRU14 melibatkan 7,557,187 pengundi wanita (50.58 peratus) dan 7,383,437 pengundi lelaki (49.42 peratus).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 April 2018 7:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: