Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Selangor potong gaji baru kecuali Adun

13 JAN: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya akur dengan desakan pelbagai pihak supaya kaji semula kadar kenaikan gaji babitkan Anggota Dewan Undangan Negeri yang diumumkan beliau November tahun lalu.

Selepas dikecam dan diritik hebat ekoran kenaikan gaji yang disifatkan melampau,  kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu mengesahkan gaji beberapa jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri itu akan dipotong.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad mengesahkan kerajaan negeri akan memotong gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco.

iskandarsamad

Iskandar

Jumlah potongan berbeza mengikut jawatan dan akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan untuk membantu rakyat Selangor.

Bagaimanapun kata Iskandar seperti dilaporkan Sinar Harian, kenaikan gaji bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikekalkan.

Ini bermakna  mulai bulan ini Adun akan menerima gaji baru RM11,250 berbanding RM6,000 sebelumnya.

Ditanya mengapa tidak megubah gaji baru yang telah berkuat kausa 1 Januari tahun ini, beliau memberikan alasan “kalau hendak ubah gaji kena pinda dalam DUN, ia terlalu rumit.

“Oleh itu, dimuktamadkan sebulat suara gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco dipotong untuk disalurkan ke tabung kebajikan untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Persidangan DUN Selangor tahun lalu yang membentangkan Belanjawan Negeri 2014 telah meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2014 4:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: