Kategori Berita Utama

Selawat & Solat Hajat Perdana tenggelamkan Reformasi 2.0

22 MAC: Program Selawat Perdana 1435H – Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Putrajaya pada Jumaat malam berjalan lancar dan dipercayai berjaya mencapai sasaran untuk menarik 500,000 pengunjung.

IMG-20140321-WA0088Orang ramai dilihat mula memenuhi Dataran Putrajaya sejak awal petang lagi bagi menyertai program anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) yang bermula jam 7 hingga 11 malam.

Selain solat jemaah Maghrib dan Isyak, program diisi dengan majlis zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal.

Antara ikon agama dan pendakwah terkenal yang terbabit adalah Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

PM program solat hajat perdana

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri sekali), Najib, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (kanan sekali) pada Program Selawat Perdana di Dataran Putrajaya, Jumaat malam.
-Foto bnbbc.my oleh Hilmi Jaafar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri Kabinet turut meluangkan masa menunaikan solat jemaah Maghrib dan Isyak bersama rakyat serta sama-sama berselawat.

Selesai solat Isyak, Najib serta semua tetamu kenamaan dan orang ramai bersama-sama menunaikan solat hajat dan doa selamat memohon supaya pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 segera ditemui.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin sebelum ini percaya, majlis berkenaan akan menjadi perhimpunan selawat terbesar pernah dianjur di negara ini.

Selawat Perdana PenuhProgram yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu turut disiarkan secara langsung oleh dua stesen televisyen tempatan iaitu TV1 dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu keadaan berbeza dirakamkan lensa kamera di Kajang sekalipun proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan bakal menjelang kurang 24 jam lagi.

IMG-20140321-WA0095Suasana di Stadium Kajang di dapati dingin dan lengang sekalipun pada Jumaat malam PKR menganjurkan Perhimpunan Reformasi 2.0 dengan tema kononnya bagi menghentikan kezaliman dan mengembalikan keadilan bertempat di stadium berkenaan.

Namun tempat duduk dan padang di stadium itu ketara tidak dipenuhi orang ramai berbanding rakyat yang membanjiri ruang Masjid dan Dataran Putrajaya hingga melimpah ke jalanraya pada Program Selawat Perdana.-bnbbc.my

IMG-20140321-WA0092

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2014 12:30 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: