Kategori Berita Utama

Selepas Anwar, Azmin pun tidak puashati minta tangguh naik gaji

28 NOV: Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kewajaran Tan Sri Khalid Ibrahim menaikkan gaji Menteri Besar, Speaker, Exco dan Adun di Selangor, giliran Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) kerajaan Selangor, giliran Azmin Ali pula membantah.

Malah, Adun Bukit Antrabangsa itu mahu kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji yang diluluskan Dewan Undangan Selangor Rabu dan akan berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menegaskan, kadar kenaikan itu terlalu tinggi dan meminta supaya satu kajian menyeluruh dibuat dengan mengambilkira pendapat pelbagai pihak termasuk ADUN negeri Selangor.

“Saya mencadangkan kenaikkan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadarnya lebih munasabah dan memberikan penjelasan kepada rakyat keperluan kenaikkan ini,” katanya.

azminpc

AZMIN adakan sidang media di Parlimen tidak puashati kenaikan gaji diumum Menteri Besar Selangor

“Kita tidak menolak keperluan untuk menaikkan gaji tetapi apa yang diputuskan oleh kerajaan negeri bagi BBC terlalu tinggi dan kita tuntut penjelasan daripada kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Gombak itu menempelak kajian kerajaan negeri yang disifatkkannya terlalu pantas dan BBC juga tidak dimaklumkan terlaebih dahulu hasil kajian tersebut.

Menurut Azmin, sekiranya kajian tersebut dibuat dengan penglibatan ADUN Selangor, kadar tersebut pastinya lebih munasabah dan bukan sahaja soal kenaikkan gaji tetapi kemudahan-kemudahan lain juga boleh dibincang dan ditambahbaik.

“Ucapan bajet negeri Selangor yang dibentang MB pada 19 November lalu berhubung kenaikkan gaji di mana MB menyebut “saya ingin mencadangkan agar satu kajian skim gaji, pencen dan elaun bagi Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijalankan.”

“BBC menyambut baik sebarang kajian dimaksudkan MB. Cuma mengejutkan kita dalam tempoh kurang seminggu kajian sudah siap dan dibentangkan semalam tanpa ada sebarang perbincangan dengan BBC dan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor,” katanya kesal.

Adun Bukit Antarabangsa itu juga menafikan kenaikkan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan tuntutan BBC seperti yang dilaporkan.

“Sebagai bukti memorandum BBC yang kita kemukakan kepada MB bertarikh 7 Oktober 2013 setebal 10 muka surat yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin PR, Dr Rani Osman (PAS), Lau Weng San (DAP) dan saya sendiri selaku pengerusi BBC tidak ada sebarang tuntutan kenaikan gaji.

“Pertemuan tertutup yang diadakan dengan MB pada 24 Oktober tertumpu kepada isu-isu pembangunan rakyat seperti membantah keras cadangan kerajaan menurunkan belanjawan pembangunan, tebatan banjir, peruntukan pengurusan dan penyelenggaraan jalan yang diberi oleh kerajaan pusat, pendidikan dan perumahan rakyat,” tegas Azmin.

Persoalan sekarang sejauh mana Azmin dan penyokong-penyokong beliau mahu menentang perkara yang mereka sendiri luluskan di dalam Dewan semalam.

Atau adakah ini sandiwara politik mainan Anwar, Khalid dan Azmin? – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 November 2013 6:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: