Kategori Berita Antarabangsa

Selepas dikecam, juri kata ayam tidak masak

5 APRIL: Juri MasterChef UK Gregg Wallace yang dikecam teruk gara-gara komennya tentang kulit ayam dalam masakan rendang ‘tidak rangup’, akhirnya  menukar kenyataannya kepada ‘tidak masak’.

Ketika ketika muncul dalam program televisyen Good Morning Britain (GMB) bersama seorang lagi jurinya, John Torode pada Rabu, menjelaskan: “Saya kata kulit (ayam) tidak rangup. Saya tidak bermaksud ia tidak dimasak seperti ayam goreng.

“Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak dimasak. Ia memang tidak masak,” katanya.

Pada Isnin, peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin telah menyediakan hidangan nasi lemak dan rendang ayam untuk program MasterChef UK.

Bagaimanapun, Wallace dan Torode mengkritik rendang yang disediakan Zaleha dan menyingkirkannya daripada program realiti tersebut.

Menurut laporan atas talian, Kate Garraway dari GMB bertanya kepada Wallace untuk menjelaskan apa yang berlaku dan juri tersebut berkata bahawa Zaleha dihantar pulang kerana masakan peserta lain lebih lazat.

Garraway mengingatkan Wallace: “Tapi anda cakap rangup” dan Wallace membalas: “Yang pastinya, masakan terbaik pasti akan lepas (ke peringkat seterusnya).”

Torode turut mempertahankan keputusan mereka dan berkata beliau pernah merakamkan siri masakan di Malaysia dan menyifatkan makanan di negara ini ‘hebat’.

 

Selepas mendengar komen Garraway bahawa beliau patut tahu tentang rendang itu, Torode membalas dengan yakin: “Memang saya tahu. Saya cakap kepada dia (Zaleha), ia tidak belum cukup masak.”

 

Wallace pula menjelaskan Zaleha tidak tersingkir kerana ‘kulit rendang’ tidak rangup.

“Dia terkeluar sebab masakan lain lebih bagus,” tambah beliau.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang mengulas  pengenai penyingkiran selain netizen negara ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2018 11:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: