Kategori Ekonomi

Selepas semakan, 5.2 peratus KDNK negara tahun ini

22 JUN: Ramalan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia adalah berkadar 5.2 peratus pada tahun ini berbanding unjuran awal sebanyak 4.5 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, RAM Rating berkata perubahan itu adalah selepas semakan dibuat susulan prestasi pertumbuhan negara lebih baik daripada jangkaan pada 5.6 peratus semasa suku pertama serta momentum pemulihan ekonomi mula menunjukkan kemampanan.

“Kebanyakan peningkatan ini berpunca daripada pemulihan positif dalam sentimen perniagaan, yang menjadikan pembinaan kapasiti yang lebih produktif dalam bentuk pelaburan jentera dan peralatan,” kata kenyataan itu lagi.

Agensi itu juga berkata pemulihan ketara dalam permintaan luar juga menyokong pertumbuhan kukuh dan menjadi pemacu utama keyakinan perniagaan yang lebih tinggi yang dipamerkan oleh firma berorientasikan eksport, seiring dengan hasil penemuan Indeks Keyakinan Perniagaan RAM.

Sementara itu, unjuran inflasi bagi tahun ini juga meningkat kepada 3.8 peratus daripada 3.0 peratus pada asalnya, berdasarkan kepada momentum pemulihan harga minyak yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 June 2017 3:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: