Kategori Berita Utama

Selesai hal parti bukan bising pasal MH370

6 APR: Penasihat DAP Lim Kit Siang sekali lagi semborono dan terlalu emosi membicarakan soal penubuhan jawatankuasa pemilihan parlimen (PSC) dalam insiden Penerbangan Malaysia MH370.

Sebelum ini, veteran politik itu mendesak kerajaan menubuhkan segera PSC tanpa menunggu kotak hitam pesawat MH370 ditemui.

Terbaru, beliau mempersoal pengumuman kerajaan bagi menubuhkan pasukan penyiasat bebas ekoran tragedi yang dianggap luar biasa dan pelik dalam sejarah penerbangan dunia.

Lim mempersoalkan sama ada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan meneruskan cadangan untuk menubuhkan PSC.

rosdap

Beberapa NGO mendesak RoS tegas terhadap DAP

Untuk rekod, kerajaan sebenarnya belum memutuskan sama ada yang akan ditubuhkan kelak PSC atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Ini ditegaskan Hishammuddin kepada Parlimen pada 25 Mac lalu bahawa beliau akan mencadangkan kepada kabinet penubuhan PSC atau Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu cukup tahu perkara ini.

Beliau tidak sepatutnya bimbang mahupun berperasangka tidak baik terhadap kerajaan apabila  Hishammuddin berkata satu pasukan menyiasat akan ditubuhkan dan diketuai oleh seorang “penyiasat bertanggungjawab” bebas untuk menyiasat kehilangan MH370 itu.

“Seperti piawaian ICAO (International Civil Aviation Organisation), satu ‘penyiasat bertanggungjawab’ bebas akan dilantik untuk mengetuai pasukan siasatan,” kata Hishammuddin kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pasukan penyiasatan termasuk tiga kumpulan, iaitu kumpulan kelayakan terbang, kumpulan operasi dan kumpulan faktor perubatan dan manusia.

limkitsiangdap

Lim patut selesaikan isu dalaman DAP bagi membuktikan pemilihan jawatankuasa parti bersih

Pasukan ini akan mengkaji isu-isu seperti rekod penyelenggaraan MH370, struktur dan sistem; mengkaji rakaman penerbangan, operasi dan rekod meteorologi dan menyiasat isu-isu seperti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup.

Selain itu, Putrajaya juga akan menubuhkan tiga jawatankuasa peringkat menteri untuk menyelaras dan mengukuhkan semua usaha yang berterusan untuk mencari MH370 .

“Selain pasukan penyiasatan yang saya umumkan sebelum ini, tiga jawatankuasa peringkat menteri juga ditubuhkan dan akan diketuai seorang timbalan menteri,” kata Hishammuddin.

Ekoran pengumuman itu, Lim mempersoalkan sama ada penubuhan kumpulan penyiasatan dan tiga jawatankuasa akan menghalang dan membantutkan pembentukkan PSC.

Beliau juga menuntut supaya terma rujukan PSC berkenaan MH370 perlu diperluas dan lebih menyeluruh berbanding pasukan siasatan itu.

“PSC perlu melangkaui isu-isu kelayakan terbang MH370, aspek operasi penerbangan dan psikologi serta patologi 239 penumpang dan anak kapal.

“Ia juga harus melihat seluruh siri peristiwa selepas kehilangan MH370 itu yang menimbulkan 1,001 persoalan, kontroversi, kekeliruan dan teori konspirasi.

“Lebih penting lagi, mesej yang jelas dan terang mesti diberi bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan,” kata Lim dalam kenyataan terbarunya..

Sepatutnya, beliau harus faham kenapa jawatankuasa yang dimaksudkan oleh Hishammuddin perlu ditubuhkan.

Mereka yang menganggotainya kelak tentulah yang pakar dalam bidang masing-masing bagi mencari jalan dan merungkai misteri yang menimpa MH370 supaya kejadian sama tidak berulang.

Semestinya, fungsi mereka akan berbeza dengan peranan PSC atau RCI yang akan ditubuhkan kelak.

Mustahil satu insiden besar yang menarik perhatian dunia hanya perlu dirungai oleh anggota-anggota PSC atau RCI tanpa imput-imput lain termasuk maklumat kajian jawatankuasa yang dinyatakan oleh Hishammuddin.

Dalam hal ini, adalah lebih baik Lim bersabar dan membiarkan pihak yang lebih arif menjalankan tugas masing-masing kerana tumpuan sekarang masih kepada operasi mencari dan menyelamat MH370.

Sekiranya, Lim bergitu teruja untuk sebarang tugas, adalah lebih baik beliau menyelesaikan terlebih dahulu kemelut dalam DAP terutama yang berkaitan Pendaftran Pertubuhan (RoS) kerana sehingga kini, jawatankuasa parti itu masih belum diiktiraf oleh pihak berkenaan.- bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 April 2014 12:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: