Kategori Berita Utama

Selesai isu air di Selangor tunjuk siapa lebih layak jadi MB

27 FEB: Ambil kira keberanian Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani MoU dengan Kerajaaan Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor pada Rabu, pengundi Kajang boleh menilai siapa lebih layak sebagai Menteri Besar.

Apatah lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku penasihat Ekonomi Selangor mengakui keputusan Khalid itu tidak dibincangkan dengan beliau serta pakatan rakyat.

Bagi Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong, Khalid mempunyai keberanian berpolitik kerana tidak membincangkan perkara itu dengan Ketua Pembangkang sebaliknya  mendahulukan kepentingan rakyat di Selangor.

Khalid sah Anwar perkuda Selangor

Khalid tandatangai MoU tanpa merujuk Anwar

Ini juga katanya, menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu.

“Saya akui bahawa pemeteraian MoU menunjukan keikhlasan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid mencari penyelesaian meskipun isu air telah lama berlarutan.

“Sekurang-kurangnya, ia demi masa depan yang lebih baik bagi memastikan bekalan air tidak terputus di negeri ini,” katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan bersama Khalid menandatangani MoU penstrukturan semula industri air Selangor di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, semalam.

Dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya, Kajang, pada Khamis, Wee berkata perjanjian itu juga menyuntik nafas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor untuk bekerjasama demi menjamin kepentingan rakyat.

“Kita mengalu-alukan usaha kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid yang berusaha mengurangkan kesengsaraan rakyat dan ia patut kita puji… sekurang-kurangnya Khalid sedar masalah itu dan perlu penyelesaian segera,” ujarnya.

Menurut Wee, Khalid yang dispekulasi bakal diganti oleh Anwar jika beliau menang pada pRK DUN Kajang, sedia mengetepikan perbezaan politik demi rakyat.

“Sekiranya Anwar ditadirkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor adakah beliau akan melakukan perkara yang berlainan dari Khalid?

“Siapa lebih layak menjadi Menteri Besar? Biarlah media dan pengundi yang menilai sendiri,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2014 10:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: