Kategori Berita Utama

Selesaikan kemelut FGV sebelum Ramadan berakhir, 3 prinsip ditetapkan

10 JUN: Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga prinsip penyelesaian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan mahu isu itu diselesaikan segera sebelum Ramadan berakhir.

Perdana Menteri berkata, paling utama, penyelesaian isu itu mesti mematuhi undang-undang syarikat selaras kedudukan FGV yang disenaraikan di bursa saham.

“Prinsip penyelesaian kedua, ia mesti selaras dengan prinsip urus tadbir yang baik.

“Ketiga, proses yang nak dilakukan sehingga kebuntuan keputusan muktamad mesti melalui proses yang adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihya Ramadan FELDA peringkat kebangsaan 2017 dan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong, di FELDA Sungai Sayong malam Sabtu.

Najib berkata, isu itu sudah dibincang dengan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad dan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad.

“Kita melantik Datuk Seri Idris Jala untuk menjalankan siasatan terhadap apa yang berlaku berpandukan tiga prinsip yang saya sebutkan ini.

“Ini bagi memastikan fakta yang dapat kita tentukan itu adalah fakta yang tepat dan akhirnya kita dapat buat keputusan.

“Saya mengharapkan isu ini diselesaikan secepat mungkin, saya ingat dapat selesaikan pada bulan Ramadan ini juga,” katanya.

Najib berkata, penyelesaian kemelut itu dapat memastikan FGV mencapai matlamat menjadi badan korporat yang bernilai tinggi dan mempunyai keuntungan besar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 June 2017 9:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: