Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Semak daftar pengundi bermula 16 April ini

12 APRIL: Bermula 16 April ini, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap daftar pemilih yang terkini bagi mengetahui tempat mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing untuk Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berkata berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu yang dikuatkuasakan baru-baru ini, pemilih dinasihatkan membuat semakan maklumat daftar pemilih lebih awal bagi memudahkan perancangan pada hari pengundian.

Katanya, semakan boleh dibuat melalui pelbagai kaedah dan saluran seperti menggunakan aplikasi mudah alih MySPR Semak.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma.

“Aplikasi ini juga menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya yang dipertandingkan.

“Selain itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan melalui pautan pengundi.spr.gov.my. atau menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

“Pemilih juga boleh menyemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu dengan cara menghantar SMS ke talian 15888 dengan menaip SPR No. Kad Pengenalan dan SMS ke 15888,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPR berkata, sekiranya semakan sudah dibuat dan pemilih sudah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi (saluran), maka semakan tidak perlu lagi dibuat di kaunter SPR (barung semakan) di Pusat Mengundi pada hari mengundi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 April 2018 7:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: