Kategori Berita Utama

Semakan Batu Putih tiada kaitan PRU, kata Khairy

20 NOV: Pemuda UMNO menyelar kenyataan kerajaan Singapura yang memperlekeh permohonan semakan semula  tuntutan negara ke atas Batu Putih.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata dakwaan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong bahawa  kerajaan Malaysia melakukan semakan kerana pilihanraya umum disifatkan tidak bertanggungjawab.

Malah, menurutnya, tuduhan itu bakal merosakkan hubungan baik antara kedua negara.

“Untuk makluman, semasa penemuan fakta baharu pada Ogos tahun lalu dan Parlimen Malaysia masih belum dibubarkan sehingga hari ini selepas  setahun dari tarikh berkenaan.

“Permohonan bukan dibuat semata-mata untuk meraih sokongan semasa pillihanraya atau konvensyen politik sahaja.

“Pemfailan pada 2 Feb lalu dibuat bagi memberi masa penyediaan dokumen dalam tempoh masa enam bulan dan permohonan kedua pada 30 Jun bukan dibuat  tanpa asas yang kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  menyerahkan kedaulatan Batu Putih yang menjadi perebutan selama 28 tahun kepada Singapura

Semalam,  Hsien Loong dalam konvensyen PAP dilaporkan merasa hairan dan mengganggap terdapat kemungkinan tujuan kerajaan Malaysia menfailkan permohonan disebabkan pilihanraya semakin menjelang.

Sebaliknya Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kerajaan sentiasa memandang serius isu kedaulatan negara sepanjang masa.

“Keputusan membuat permohonan juga adalah hak Malaysia,” kata Ahli Parlimen Rembau itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 November 2017 12:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: