Kategori Berita Utama

Semakan gaji ahli Parlimen dijangka dibentang tahun depan

5 DIS  :Jawatankuasa Dewan Rakyat sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi semakan semula gaji ahli-ahli Parlimen dan dijangka akan dibentangkan dalam sidang dewan tahun depan.

Bagaimanapun, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, jumlah kenaikannya masih dalam perbincangan dan tertakluk kepada kedudukan kewangan negara.

gajimpGaji Anggota Parlimen Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis.

Ketika ini, setiap Anggota Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan, di samping elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 kerana menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Pada 2011, kerajaan menarik balik cadangan menaikkan gaji dan elaun 222 Anggota Parlimen berikutan bantahan ahli Parlimen pembangkang terutama ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketima membentangkan bajet  pada tahun berkenaan menyatakan kesediaan menaikan gaji ahli-ahli Parlimen dengan syarat semua wakil rakyat bersetuju.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2013 7:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: