Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Semangat setiakawan Najib-Zahid gamatkan perhimpunan

9 DIS: Penutup Perhimpunan Agung UMNO hari ini turut diselit dengan kisah semangat setiakawan Datuk Seri Najib Razak bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Presiden UMNO itu, semangat setiakawan terjalin sejak 1986 menjadikan hubungan kedua-dua mereka bukan sekadar bersahabat dalam politik, malah ia adalah hubungan yang benar-benar ikhlas.

“Saya cukup senang hati, sebab saya ada timbalan yang sebati dengan saya.  Saya nak cerita banyak peristiwa yang kami lalui, semasa 1988 Datuk Zahid Ketua Pemuda Bagan Datoh, dia ditekan dengan dahsyat oleh pimpinan bahagian ketika itu.

“Dan saya diminta Zahid tolong pergi rasmi persidangan pemuda bahagian Bagan Datuk, saya pun beranikan diri pergi sana, saya tak kisah, apa nak jadi jadilah. Saya tetap pertahankan sahabat saya.

“Saya telah beri ucapan terbuka sokong beliau, akhirnya Datuk Zahid menang, majoriti dia 11 undi. Kebetulan nombor bertuah saya (11). Sampai Ketua Bahagian komplen pada Timbalan Presiden ucapan ketua Pemuda tak guna sama sekali tapi saya tak peduli, prinsip saya, susah senang kita bersama dengan kawan kita,” katanya manakala di skrim layar di dalam PWTC memapar beberapa keping gambar yang mencuit perasaan perwakilan melihat gambar zaman muda kedua-dua pemimpin tersebut.

Bagaimanapun jelas Najib lagi, beliau tidak menyangka ketika timbalannya pada dua tahun lalu membuat angkara, Zahid tampil ke hadapan mempertahankan beliau pula sebagai sahabatnya.

“Putaran roda siapa tahu, 2 tahun lalu timbalan saya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) buat angkara pula, Datuk Zahid tampil dia pertahankan saya, itu irony of history sebab Zahid tak lupa pada kawan.

“Sebab itu UMNO pulih dengan kekuatan baru,” jelasnya lagi.

Sambil memetik bait-bait lirik lagu nyanyian DJ Dave bertajuk Kawan Setia, Najib benar-benar menghayatinya dengan menyebut setiap perkataan dalam lagu tersebut.

“Sukarnya mencari kawan yang setia dan sanggup menolong, di masa kau susah, kawan waktu senang tak payah kau cari-cari, dimana saja mudah kau jumpa kawan yang setia,” ujarnya.

Turut menimbulkan kekecohan dan gelak tawa para perwakilan apabila Najib sendiri menyatakan meskipun beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ‘sakit hati’ dengan tindakan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin membawa lagu Liverpool ‘You Never Walk Alone’ kerana beliau merupakan penyokong tegar Manchester United, namun beliau bersetuju dengan mesej yang cuba disampaikan Ketua Puteri itu.

Dalam masa yang sama Najib sempat menyentuh tentang ekonomi dimana UMNO sudah berada pada kejayaan yang sepatutnya digarap.

“Kemenangan dah ada pada kita sekarang ini, daripada ekonomi digital, MRT, ekonomi kita maju di bawah UMNO dengan mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus, hasil tambah saya gunakan untuk membantu golongan B40, pesawah, pekebun, penoreh getah, peneroka semuanya dapat.

“kita ada agenda yang lengkap, belah sana (pembangkang) tak ada, cacar merba kucar kacir, sekejap kata lain, esok kata lain, hari ni kata dedak, esok nak BR1m pula, masuk dalam manifesto mereka, sekarang terima GST, tiba-tiba nak separuh pula, apa ni? Ini bukan negara kartun, kita tadbir dengan serius.

“Kita sudah ada agenda kita dah mampu laksanakan,” tegasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2017 6:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: