Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banduan terima layanan sama temasuk Anwar

11 FEB : Tiada sebarang layanan istimewa akan diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh lima tahun beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh kerana Jabatan Penjara perlu berlaku adil kepada semua banduan.

jel penjara“Kita tidak boleh beri layanan ‘lima bintang’ kepada bekas orang kenamaan atau jutawan yang dipenjara selepas disabitkan kesalahan, manakala pengemis pula dalam keadaan teruk.

“Semua pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah, mendapat layanan yang sama daripada Jabatan Penjara.

“Bagaimanapun, Jabatan Penjara boleh memberi kemudahan kepada penghuni penjara atas sebab tertentu, seperti isu perubatan,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

wan junaidi parlimen 2Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zukifli Omar katanya, boleh pertimbangkan kemudahan tertentu jika banduan berdepan masalah kesihatan dan akan membuat keputusan berdasarkan laporan kesihatan yang diterimanya.

Menurutnya, ahli keluarga Anwar dibenarkan melawat ketua umum PKR itu pada hari dan waktu yang ditetapkan Jabatan Penjara.

“Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan seperti Bulan Sabit Merah Malaysia juga boleh memohon untuk melawat Anwar. Ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelawat,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 11:54 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: