Kategori Berita Utama

Suasana pilu di SMK Buloh Kasap

23 FEB: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap, Segamat, Johor diselubungi suasana pilu ketika majlis bacaan Yassin dan tahlil diadakan untuk memperingati lapan sekawan yang lemas dalam tragedi di Sungai Muar, Jumaat lalu.

Guru serta rakan lapan sekawan yang lemas dalam tragedi di Sungai Muar, dilihat tidak mampu menahan kesedihan apabila kebanyakan mereka menangis teresak-esak.

Pilu KasapSemalam kesemua mayat mangsa lemas di Sungai Muar berhampiran pekan Buloh Kasap itu dilaporkan telah ditemui selepas azan dilaungkan.

Mayat semua lima daripada lapan remaja yang lemas semalam ditemui dalam tempoh sejam  bermula 1.45 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat yang meneruskan operasi sejak awal pagi.

Terdahulu, sebaik saja azan Zohor dilaungkan di lokasi tragedi lemas, mayat mangsa keempat, Mohd Nazreen Zainal, 14, berjaya ditemui kira-kira jam 1.45 tengah hari, Sabtu.

Mayat kelima, Mohd Syafiq Md Shukor, 16, timbul jam 2.06 petang, kira-kira 10 meter daripada mayat Mohd Nazreen.

Ini diikuti mayat keenam, ketujuh dan kelapan iaitu Mohd. Zaki Zaidi, 16; Mohd. Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd. Hafizuddin Kamal, 16, pada pukul 2.45 petang ini.

Dalam kejadian pagi semalam, ke semua mangsa dan tiga lagi rakan mereka Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Nazrul Aminuddin lemas di sungai tersebut.

Ketiga-tiga mereka yang turut terkorban ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain petang semalam.

Daripada lapan remaja berkenaan yang hilang itu, dua daripada mereka adalah adik beradik iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki.

Operasi mencari mangsa lemas pagi tadi membabitkan 70 anggota agensi keselamatan termasuk 30 penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketua Unit Skuba dan Penguasa Kanan Bomba Bandar Putra, Mohd Aizat Mamat, berkata pertambahan itu membabitkan unit skuba dan penyelam dari Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Selangor.–bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 February 2014 9:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: