Kategori Berita Utama

Tolonglah akar umbi, kaji kenapa rakyat tak sokong BN

13 OGOS : BN perlu memastikan kemenangan di Selangor setelah kalah selama dua penggal.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pembangunan yang dinikmati rakyat Selangor kini adalah usaha dan penat lelah UMNO BN dahulu, sekaligus tidak boleh diserahkan kepada pembangkang begitu sahaja.

Menegaskan perkara itu, semua ahli perlu mencari punca kekalahan serta mencari jalan mendekati rakyat Selangor khususnya.

“PJ (Petaling Jaya) ni dah cantik, dah indah sekarang, tapi mereka sedarkah datuk dia, bapa dia yang bertungkus lumus, ‘work hard’ untuk pastikan keuntungan di masa hadapan.

“Lepas bangunkan, senang-senang nak bagi kepada pembangkang? Kita punyalah ‘reserve’ berbilion-bilion.

“Selangor ni gila ke apa? Saya cuma bagitahu apa yang saya rasa,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Ahad.

Tengku Adnan turut menjelaskan, rakyat Selangor pasti akan berpatah balik kepada UMNO-BN jika akar umbi menjelaskan tentang sejarah dan matlamat yang diperjuangkan demi kepentingan masyarakat seluruhnya.

“Kita semua ada sejarah, tenungkan siapa kita dulu? 30 tahun dulu bagaimana rupa paras PJ, sekarang dah ubah. Sebab kita nak pastikan kita berkhidmat untuk masyarakat, untuk mencapai matlamat mebjadikan negara kita maju aman dan sejahtera.

“Kalau kita beritahu hasrat kita kepada rakyat, saya yakin rakyat akan berpatah balik pada kita,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata Selangor masih lagi beruntung kerana sehingga hari ini negeri itu terus dibantu oleh Kerajaan Persekutuan

“Nasib kerajaan Persekutuan masih lagi BN, Selangor tu masih lah lagi boleh dibantu, boleh ditengok apa yang patut, kalau BN bukan Kerajaan Persekutuan, mungkin dewan ni pun tak ada orang.

“Sebab itu saya kata kita kena rampas Selangor balik,

Kita nak rakyat Selangor balik ke pangkal jalan, jangan dulu duduk rumah setinggan, sekarang kita masuk UMNO Cawangan, dah nampak pembangunan, kita cemuh UMNO, kita hantar anak muda belajar di luar negara, balik sini cemuh UMNO.

“Semua jadi tak ingat kita jadi seperti ni sebab parti yang beri ruang, supaya kita boleh cari makan,”ujarnya lagi.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 UMNO BN telah mencapai undi sebanyak 32 ribu, PRU ke-12 mencatat penurunan kepada 17 ribu dan 12 ribu pada PRU ke-13.

“Saya nak rayu, tolonglah akar umbi, lihat balik kenapa rakyat dah tak sokong BN, mesti ada sebab mungkin kita banyak pengaruh, sombong, fikir diri sendiri sahaja, tak peduli kepentingan rakyat.

“Kita kena bangun, sebab parti kita adalah satu-satunya parti yang ‘multi-racial’ dalam negara ni,” jelasnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 August 2017 1:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]