Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Senarai 10 EXCO Perak diketahui hari ini

16 MEI: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, akan mempersembahkan senarai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi ini.

“Senarai (EXCO) telah ada dan saya akan menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan pagi nanti.

“Barisan EXCO yang dilantik seramai 10 orang, namun minimum adalah empat orang,. Saya akan dapatkan perkenan Tuanku dahulu,” katanya.

Beliau bercakap kepada media pada Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Rakyat Perak di Jalan Sultan Ismail, Greentown, malam tadi.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Hair sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut membuat kejutan menghadiri majlis itu.

Ahmad Faizal berkata, senarai itu membabitkan wakil semua empat parti dalam Pakatan Harapan (PH), dengan bilangan wakil setiap parti berdasarkan bilangan kerusi dimenangi pada PRU-14.

PH bejaya membentuk kerajaan negeri selepas dua ADUN daripada UMNO menyatakan sokongan kepada PH.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 9:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: