Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Senarai calon MIC sudah dimuktamadkan

17 APRIL: MIC telah memuktamadkan senarai calon parti itu yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, senarai calon itu juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Senarai calon sudah dimuktamadkan, sekarang tunggu pengumuman sahaja,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Terdahulu Subramaniam menghadiri majlis perjalanan penjagaaan kesihatan selama lima tahun di kementeriannya di Putrajaya.

Menjawab soalan media mengenai kerusi Parlimen Cameron Higlands, Subramaniam berkata, semua pihak perlu merujuk pada jawapan Presiden myPPP, Tan Sri M.Kayveas.

“Kalau dia (Kayveas) sudah jawab, anda semua boleh guna petikan kenyataan dia sahaja,” katanya.

Terdahulu hari ini Kayveas dalam laman sosial Instagramnya mengumumkan dirinya menolak pelawaan BN untuk bertanding di Parlimen Segambut pada PRU14.

Difahamkan luahan Kayveas itu ada kaitan dengan namanya tidak terpilih sebagai calon BN di Parlimen Cameron Highlands kerana MIC berkeras mahu mempertahankannya dalam PRU14.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 2:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: