Kategori Berita Utama

Senator cerita kisah tikus lebih besar daripada kucing

12 DIS: Tikus lebih besar daripada kucing adalah antara perkara yang dibangkitkan oleh Senator Datuk Yahaya Abdul Ghani @ Abbas di dalam perbahasan Rang Undang-undang Bajet  2014, di Dewan Negara, Khamis.

Ini katanya berpunca aspek kebersihan dan keselesaan tidak diambil serius oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang secara tidak langsung memberikan imej buruk kepada ibu negara ini.

Katanya, Kuala Lumpur yang disifatkan sebagai tempat yang indah dan selesa ternyata berbeza dengan realiti apabila aspek kebersihan dan keselesaan gerai-gerai makanan tidak mendapat pantauan tegas oleh pihak berkuasa.

kuturayau

Masalah kutu rayau boleh jejaskan imej  negara

“Tikus lebih besar dari kucing, dan kadang-kadang kucing yang lari tengok tikus yang besar itu. Kita sedang makan, tikus panjat meja nak makan juga.

“Tempat makan dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman itu memang sedap, kita suka makan di situ, dan pelancong juga ramai yang makan di situ, tetapi keadaan gerai itu kotor. Pihak  DBKL dan Datuk Bandar perlu meniliti perkara ini,” katanya.

Beliau turut menggesa DBKL mengambil saranan dan nasihat secara serius bagi memastikan bandaraya Kuala Lumpur terus berkembang maju dan indah menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Kita yang menjadi Ahli Lembaga Penasihat ini tidak dipanggil untuk bermesyuarat sedangkan mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat DBKL ini bersidang enam kali setahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan isu kesesakkan jalan yang teruk di Jalan Kuching sejak dua tahun lalu berpunca kerja-kerja menggantikan pembahagi jalan.

yahayaabasbatu

Yahaya bangkit isu tikus lebih besar daripada kucing

“Pembahagi jalan berupa besi keluli digantikan dengan yang konkrit. Yang lama masih elok. Bertan-tan keluli itu tak tahu ke mana perginya” katanya.

Sementara itu, Senator Yunus Kurus turut meminta pihak DBKL memantau masalah kutu rayau yang berada di sekitar kota raya.

Menurut beliau, permasalahan itu mencacatkan pemandangan sekitar ibu kota disamping menganggu keselesaaan rakyat dan juga pelancong yang datang ke Kuala Lumpur.

Keadaan ini juga gagal mencerminkan Kuala Lumpur sebagai ibu negara bagi negara yang membangun menuju negara maju menjelang tahun 2020.

“Pihak DBKL perlu meneiliti dan melihat kutu raya di ibu negara ni, kalau boleh bukan sahaja bagi makan tetapi sediakan bangunan tempat tinggal bagi kutu rayau.

“Saya meminta DBKL melaksanakan permintaan ini supaya saya tidak nampak lagi situasi sebegini di kemudiaan hari,” tegasnya. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 December 2013 6:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: