Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Seorang lagi maut dalam insiden rempuh pasar malam

2 MEI: Seorang mangsa yang parah dalam kejadian sebuah van merempuh kawasan pasar malam di Golden Hill Cameron Highlands malam kelmarin, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Pahat pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Tan Siew Lee, 52, yang mengalami kecederaan parah di kepala, meninggal dunia pada jam 8.43 pagi tadi di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala akibat terbabit dalam kemalangan itu.

“Mangsa sebelum ini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh tetapi dipindahkan ke Hospital Batu Pahat, iaitu tempat asal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini menjadikan dua orang maut akibat kejadian itu selepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Adra Mustaffa Kamal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, tidak lama selepas kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.45 malam itu.

Hasadid berkata, seorang lagi mangsa parah iaitu Kho Liang Jing, 23, yang patah kaki dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari hospital yang merawatnya.

Beliau berkata, pemandu van berusia 29 tahun itu pula direman sehingga Khamis ini manakala ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2017 4:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: