Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Seorang lagi pelajar Kolej Vokasional jadi mangsa buli

10 OGOS: Pembongkaran kes buli dua orang pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus membawa kepada pendedahan terbaharu bahawa seorang lagi menjadi mangsa buli di kolej sama.

Mangsa, Mohammad Lokman Hakim Mohd Shukri kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Foto hiasan pelajar sekolah dibuli senior.

Menurut pelajar tahun dua itu, beliau dibelasah hampir sejam pada Isnin malam sebelum kejadian yang sama menimpa Ahmad Zikril Azmin Hasbullah dan Wan Ahmad Faris Wan Zakaria.

Tambahnya, walaupun merayu supaya dilepaskan, mereka langsung tidak mengendahkanya.

Perkara itu disedari seorang guru pada keesokan harinya ketika berada di dalam kelas.

Lokman kemudian dimasukkan ke wad di HSNZ untuk rawatan lanjut akibat kecderaan di bahagian badan.

Pada Rabu, 15 pelajar itu direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes buli dua opelajar kolej berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 August 2017 12:38 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: