Kategori Berita Utama

Seorang rakyat Malaysia maut serangan militan di Kabul

19 JAN: Seorang rakyat Malaysia disahkan antara 21 orang yang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan, pada Jumaat, di mana militan melepaskan tembakan terhadap pengunjung yang sedang makan pada jarak dekat.

Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kepada agensi berita Bernama hari ini.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah dilaporkan berkata warganegara Malaysia berkenaan bekerja untuk sebuah organisasi antarabangsa, tetapi enggan memberikan nama mangsa kerana belum mendapatkan kebenaran daripada isterinya untuk berbuat demikian.

“Kami, bagaimanapun bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Afghanistan mengenai perkara ini.

“Orang yang akan berurusan mengenai perkara ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom,” kata Hamzah.

Hamzah berkata Wisma Putra akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes itu apabila mempunyai maklumat lanjut.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa 21 orang, termasuk 13 warga asing meninggal dunia dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di ibu negara Afghanistan itu.

Antara yang terkorban ialah dua rakyat Britain, dua warga Kanada, seorang wakil kanan Tabung Kewangan Antarabangsa dan pemilik restoran, dari Lubnan.

Salah seorang penyerang dilaporkan telah meletupkan ves untuk membunuh diri di pintu masuk restoran Taverna du Liban manakala dua anggota militan lain menyerbu ke dalam restoran lalu melepaskan tembakan.

Sementara itu media antarabangsa pada Ahad melaporkan sekurang-kurangnya 20 askar terbunuh manakala lebih 30 cedera apabila bom meletup di wilayah bergolak Bannu, barat laut Pakistan dalam serangan terbaru di Peshawar.

Seorang anggota polis Pakistan berkawal di restooran yang menjadi sasaran serangan militan di Kabul Jumaat lalu.-Foto AFP

Seorang anggota polis Pakistan berkawal di restooran yang menjadi sasaran serangan militan di Kabul Jumaat lalu.-Foto AFP

“Kami berusaha mendapatkan maklumat mengenai serangan berhampiran wilayah Waziristan yang menjadi kubu kuat Taliban dan Al-Qaeda itu, sama ada ia serangan berani mati atau bom yang ditanam.

“Letupan itu mensasarkan konvoi yang membawa anggota tentera,” kata pegawai kanan keselamatan tempatan tanpa mahu mendedahkan namanya.

Pegawai itu berkata, konvoi berkenaan dalam perjalanan meninggalkan bandar Razmak di North Waziristan apabila serangan itu berlaku.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2014 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: