Kategori Berita Antarabangsa

Sepuluh juruterbang TransAsia digantung tugas

11 FEB : Pihak berkuasa udara Taiwan menggantung tugas sepuluh juruterbang syarikat penerbangan TransAsia kerana gagal ujian kecekapan lisan mengawal pesawat sewaktu kecemasan kegagalan enjin pesawat.

transasiaairwayUjian terhadap 49 juruterbang pesawat ATR 72 TransAsia, syarikat penerbangan ketiga besar di Taiwan dilakukan susulan kejadian nahas minggu lalu.

Tragedi itu meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa daripada keseluruhan 58 orang yang berada di dalam pesawat bilamana pesawat terjunam ke dalam Sungai Keelung di Taipei.

Data awal perakam penerbangan memberi indikasi bahawa pesawat kehilangan kuasa bilamana sebuah enjinnya tidak berfungsi sejurus berlepas dari lapangan terbang Songshan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 5:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: