Kategori Berita Utama

Serah dokumen jika takut PPBM terbubar, kata Zahid

10 MAC: Pimpinan PPBM sepatutnya menyerahkan dokumen dikehendaki Pendaftar Pertubuhan (RoS) sekiranya tidak mahu dibubarkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak mahu campur tangan urusan RoS.

“Tetapi saya rasa PPBM perlu mengikut perlembagaannya dan mematuhi Akta Pendaftar Pertubuhan 1956. RoS hanya menjalankan tugas mereka,” kata Menteri Dalam Negeri pada hari ini di ibukota.

Semalam, RoS memberi tempoh 30 hari kepada parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi maklum balas berhubung pemintaan untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan atau berdepan dengan pembubaran.

Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan mendakwa RoS bersikap berat sebelah dalam layanannya terhadap UMNO berbanding parti pembangkang.

Ros sebelum ini menerima beratus-ratus aduan daripada ahli PPBM yang curiga dengan status mesyuarat agung parti itu.

Situasi parti serpihan UMNO itu turut mengheret pendaftaran Pakatan Harapan yang masih gagal untuk didaftarkan secara sah.

Selain PPBM, gabungan pembangkang itu turut disertai DAP, PKR dan PAS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2018 3:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: