Kategori Berita Utama

Serapkan mentaliti kemenangan, jangan terbuai dengan kemelut pembangkang

19 NOV: Dalam apa jua situasi pun, Ahli UMNO perlu menerapkan mentaliti kemenangan bagi memastikan kejayaan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, setiap ahli UMNO mesti yakin dengan kemampuan parti dan tidak perlu terikut-ikut rentak dan tari yang didendangkan parti lawan untuk mengekalkan kelangsungan UMNO.

“Pastikan kita mempunyai mentaliti kemenangan. Kita tak perlu apolegetik sangat, kita tidak perlulah mengikut nada dan tari di luar sana.

“Dekat-dekat dengan pilihan raya ni bermacam-macam isu akan dibangkitkan oleh pihak musuh.

“Sebab itu penting kita mengisikan UMNO dengan roh kemenangan dalam content perjuangan kita bagi memastikan UMNO dipertahankan dan kekal relevan sebagai parti yang terus memerintah negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di PWTC Kuala Lumpur, Ahad.

Bagaimanapun Hishammuddin mengingatkan ahli UMNO supaya tidak terus hanyut dan terbuai dengan situasi porak peranda dan kemelut yang berlaku pada parti pembangkang ketika ini.

“Masalah mereka tidak bermakna kita dalam UMNO ini telah boleh diterima oleh rakyat.

“Sebab itu kita mesti bekerja keras, berusaha melakukan pengisian dalam parti kita melakukan gerak kerja dengan mencuit hati rakyat menyokong parti.

“Sebab itu JR Plus kita digerakkan untuk mendekati pengundi-pengundi mengikut saluran umur dan berdasarkan pada pendekatan manual pilihan raya kita,” jelasnya.

Dalam ucapannya, Hishammuddin menjelaskan, UMNO yang memimpin Barisan Nasional (BN) tidak akan mencapai kemenangan pada PRU ke-14 jika berlaku perpecahan dan persengketaan dalaman sesama sendiri.

“Kita mesti rapatkan perpaduan kita. Jangan kita lupakan kedudukan parti kita semua lebih daripada kepentingan peribadi.

“Apa gunanya ketua bahagian, apa guna kita ketua wanita, kalau parti kita lemah, apa guna apabila parti kita diperlekehkan, apa guna kalau kita tak boleh menang PRU ke-14 ini, Apa gunanya jawatan kita ketika itu.

“Cukuplah kita chah keting sesama kita, ramai di luar sana mengharap parti kita bergaduh sesama sendiri dan nak tengok kita lemah,” jelasnya yang juga Menteri Pertahanan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2017 7:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: