Kategori Berita Utama

Setialah dengan UMNO seperti burung Hud setia nabi Sulaiman

9 DIS: Jangan derhaka dan setialah dengan parti sepertimana burung Hud setia pada nabi Sulaiman.

Perwakilan UMNO Sabah mengingatkan perkara itu kepada semua ahli supaya jangan ada yang u-turn lagi dan terus berjuang menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata kesetiaan adalah penting bagi menunjukkan kesatuan ahli dalam satu naungan parti yang berjuang untuk semua bangsa.

“Setialah kita kepada kepimpinan parti sepertimana seperti burung hud setia dengan nabi Sulaiman, juga seperti merpati sampaikan amanat dalam peperangan.

“Presiden juga ada sebut tentang merpati. Ia menunjukkan nilai kedamaian.

“Orang kata biar mati di hujung kuku, biar berkubur di tapak tangan, ini lah perjuangan sebenar,” ujarnya.

Beliau juga turut berpesan supaya setiap ahli UMNO bebas melakukan apa sahaja namun tetap diulangi, jangan derhaka.

“Saya pernah bersembang dengan Ramli Sarip, penyanyi rock, dia pernah berpesan ‘lakukan apa sahaja di dunia tapi jangan derhaka’, dulu dia pernah digam dari RTM kerana rambut panjang, tapi dia terima dengan redha dan tidak pernah protes dengan apa yang dikenakan terhadapnya.

“Jadi dalam hal ini saya yakin apa yang kerajaan lakukan hari ini adalah terbaik untuk kita, jangan protes, jangan derhaka,” jelasnya.

Beliau turut menyamakan pembangkang tidak ubah seperti ayam palong yang popular di negerinya.

Katanya ayam palong adalah ayam yang kuat berkokok tapi cepat kalah sekiranya bertarung.

“Pembangkang seperti ayam palong, dipelihara dengan baik dan besar untuk pertandingan dimana ia berkokok paling panjang.

“Ayam palong inilah pembangkang. Suka buat pembohongan, mereka seperti ayam palong,” katanya di hadapan lebih 2,700 perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU 2017) hari ini.

Pembangkang, kata Mohd. Ariffin, hanya kuat membuat fitnah dan pembohongan namun tidak ada kekuatan untuk bertarung.

“Ayam palong ini tidak produktif seperti pembangkang,” katanya sambil dicelah Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang berkata; “Pembangkang tidak ada telur” seterusnya mengundang gelak para perwakilan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2017 12:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: