Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Setiausaha Agung PKR dilarang masuk Sarawak

25 MAC : Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa dihalang memasuki Sarawak.

Beliau tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon PKR dalam kempen PRK Balingian.

“Sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak,” jelas Pengarah Komunikasi PRK, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan.

Eekoran larangan itu, PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik itu.

Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR

Saifuddin Nasution
.

“Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak,” ujarnya.

Hari ini adalah pengundi awal bagi PRK DUN Balingian yang diadakan 29 Mac ini.

Dalam pilihanraya itu, BN diwakili Yosibbnosh Balo manakala PKR diwakili Abdul Jalil Ujang. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 March 2014 3:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: