Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Setiawangsa, Wangsa Maju,BTR kawasan awal bina laluan basikal

13 MAC: Pembinaan Laluan Basikal di Kuala Lumpur akan ditumpukan dahulu di pusat bandar dan beberapa kawasan perumahan yang berdekatan dengan stesen transit seperti Setiawangsa, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak dan Taman Tun Dr Ismail.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Loga Bala, pembinaan tersebut keseluruhannya memperuntukkan RM15.5 juta, dimana daripada jumlah tersebut, hanya RM5 juta telah diperuntukkan pada peringkat awal.

“Kemudahan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semasa ke semasa, semua kerja-kerja ini akan ditawarkan secara tender terbuka,” katanya ringkas bagi menjawab soalan yang dikemukakan ahli parlimen DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun di Dewan Rakyat, Selasa.

Terdahulu Kui Lun meminta kerajaan menyatakan butiran tentang projek pembinaan laluan basikal di Kuala Lumpur serta peruntukan yang diluluskan dan adakah pemberian kontrak dibat secara tender terbuka serta bagaimana sambutannya setakat ini.

Bagi tujuan keselamatan, beberapa langkah telah diambil bagi tujuan tersebut antaranya memasang pemisah laluan basikal yang lebih selamat bagi menggantikan alat lama yang dikatakan berbahaya kepada pengguna jalan.

Pemisah jenis ‘flexipoles’, tiang plastik berbentuk silinder dan mempunyai jaluran pantulan cahaya yang banyak digunakan untuk membahagikan laluan di jalan raya di Malaysia, dilihat lebih sesuai menggantikan pemisah getah berkenaan.

Sebelum ini Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mahadi Che Ngah, berkata sebagai permulaan pemisah baharu itu akan dipasang di kawasan kritikal sebelum digunakan di sepanjang 11.9 kilometer laluan khas berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 12:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: