Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP setuju cukai pintu naik

21 NOV :Setuju tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpu (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu tahun depan tetapi mestilah tidak membebankan rakyat.

Itu keputusan mesyuarat semua ahli parlimen dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pihak DBKL, pada Khamis.

Menurut Tengku Adnan, sebagai kerajaan yang prihatin ke atas kesejahteraan rakyat, pihak saya dan DBKL akan memastikan cukai pintu yang baharu ini tidak membebankan mana-mana pihak, tetapi rakyat perlu faham kenaikan ini adalah untuk kebaikan semua pihak.

kunanmpwp

Tengku Adnan bersama ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan yang mengadakan perbincangan dengan DBKL berhubung kenaikan cukai pintu.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop.

Tengku Adnan berkata, tindakan menaikkan cukai pintu pada tahun hadapan adalah kerana DBKL memerlukan lebih banyak dana bagi tujuan pembangunan dan penyelengaraan infrastruktur jalan dan bangunan selain kemudahan-kemudahan awam lain di ibu kota.

“DBKL tidak boleh terlalu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat sepenuhnya kerana kerajaan pusat mempunyai pelbagai lagi komitmen yang perlu diberi keutamaan, selain itu sebagai sebuah kerajaan tempatan, DBKL perlu menjana sendiri dana bagi kegunaannya,” katanya.

Selain itu Tengku Adnan juga meminta sesiapa yang tidak bersetuju untuk mengemukakan bantahan mereka kepada DBKL sebelum 17 Disember ini dan bantahan akan diteliti oleh panel yang dilantik oleh DBKL.

Kadar cukai pintu sekarang adalah 6 peratus.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2013 6:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: