Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Shabery beri keterangan isu K-Pop Khamis depan

Persoalan berhubung pembayaran RM1.6 juta membabitkan artis K-Pop sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 jangka diketahui apabila mantan Mantan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Khamis depan.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed berkata Shabery yang kini Menteri komunikasi dan Multimedia akan hadir bersama semua pegawai KBS yang terbabit dalam program berkenaan tahun lalu.

Katanya, PAC akan memulakan prosiding memanggil kementerian mulai Rabu depan bermula dengan Kementerian Pengangkutan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Sabah.

kpopNur Jazlan dalam satu kenyataan Jumaat memberitahu, selepas itu PAC akan mendengar penjelasan daripada Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung kutipan hasil kepada kerajaan.

“LHDN dan KDRM akan memberikan keterangan pada hari 26 November ini, iaitu hari Selasa kerana PAC berdapat bahawa kutipan hasil yang cekap juga amat penting dalam menjamin kewangan negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Pada masa sama, dengan pelaksanaan sistem cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula tahun depan, PAC mahu mendengar persediaan dua agensi ini, kerana peranan mereka amat penting dalam memastikan hasil negara dikutip dengan sebaiknya,” katanya.

Jazlan turut menambah, Kementerian Pendidikan akan memberikan keterangan keesokan harinya iaitu pada 27 November ini, berhubung kes mengenai pengurusan perkhidmatan kawalan keselamatan di institusi pendidikan serta sekolah.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan seterusnya akan memberikan keterangan berhubung pengurusan loji insinerator pada 3 Disember depan.

Beliau berkata, semua kementerian dan jabatan kerajaan yang dipanggil ini, diaudit oleh Jabatan Audit Negara tahun lalu, dan laporan berhubung isu terbabit dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan bulan lalu.

“PAC juga sedang menyenaraikan beberapa kementerian, jabatan kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang akan dipanggil tahun hadapan bagi memberikan penjelasan terhadap pengurusan wang kerajaan berdasarkan beberapa kriteria serta keutamaan terhadap kepentingan rakyat,” katanya.-15/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2013 9:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: