Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Shabery sangkal beras plastik dijual di Malaysia

14 JUN: Tiada asas yang kukuh untuk mengatakan bahawa terdapat penjualan beras plastik di pasaran tempatan.

Demikian kata Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya terdapat individu yang membeli beras plastik di Johor.

Foto hiasan, beras yang didakwa jenis plastik.

Menurutnya, setakat ini tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.

“Di Johor kononnya ada tetapi bila dihantar ke Jabatan Kimia ia menunjukkan bahawa beras tersebut adalah beras asli. Isu ini bukan baharu malah seketika dahulu heboh di media sosial kononnya ada kilang di India tetapi sebenarnya ia adalah gimik semata.

“Dari segi saintifiknya,menghasilkan beras plastik ini akan menelan kos yang tinggi dan yang lebih penting kalau dimasak apa rasanya?

“Orang mesti tahu, jadi saya hairan kalau ada pihak terikut-ikut dengan perkara ini,” katanya ketika dalam Majlis Mengedar Bubur Lambuk di kalangan warga asnaf Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani di Putrajaya, hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2017 6:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: