Kategori Berita Utama

Isu K-Pop: Penjelasan Shabery dan komen PAC

21 NOV: Datuk Seri Shabery Cheek yang memberi keterangan lebih dua jam kepada Jawatakuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu kejayaan Hari Belia Negara yang diadakan di Putrajaya dilihat dalam konteks lebih besar berbanding isu artis K-Pop yang buat persembahan tahun lalu.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, kumpulan artis Korea tersebut hanya dibayar RM900 ribu sahaja manakala baki jumlah keseluruhan RM1.6 juta yang diheboh-hebohkan itu adalah termasuk cukai serta lain-lain bayaran perkhidmatan yang memberi pulangan dalam negara.

“Tolong  jangan lihat isu K-Pop sahaja. Lihat secara berasingan kerana ada 500 acara lain yang menjana pendapatan hasil pembabitan swasta, tajaan dan kutipan tunai yang kesemuanya kira-kira RM30 juta,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen selepas memberi keterangan kepada PAC yang dipengerusikan Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Shabery yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pembabitan swasta termasuk bank dan pengeluar kereta memberi hasil RM26 juta, manakala tajaan syarikat telekomunikasi RM1.9 juta dan kutipan tunai RM2.3 juta.

Katanya dengan kutipan tunai itu, kementerian berpendapat tidak ada masalah membuat bayaran tempahan K-Pop sebanyak RM900 ribu yang perlu dibuat lebih awal.

Menjawab soalan, katanya pemilihan kumpulan pop Korea itu kerana persembahannya dianggap boleh  diterima oleh semua kaum selain bayaran dikenakan oleh  tiga kumpulan dalam senarai 10 paling top itu lebih murah berbanding harga pasaran.

shaberyok

SHABERY…lihat kejayaan Festival Belia bukan K-Pop

“Kita kena tempah dan buat bayaran awal (pendahuluan RM900 ribu). …cukup sebab ada tunai RM2.3 juta. Lagipun Cuma bayar RM900 ribu sahaja. Bakinya bagi pengurusan termasuk hotel, kawalan keselamatan, pengangkutan dan juga cukai hiburan,” katanya.

Shabery menjelaskan, kesan K-Pop terlau kecil berbanding kejayaan Hari Belia Negara yang menarik berjuta-juta orang hadir serta penyertaan pelbagai pihak bagi menunjukkan kebolehan masing-masing.

Selain itu katanya, ramai lagi dapat berniaga makanan serta minuman malah dianggarkan setiap pengunjung berbelanja sehingga RM130 seorang.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan penjelasan Shabery berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.

shaberypress

SHABERY menjawab pertanyaan media di Lopi Parlimen isu K-Pop

Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur dalam penganjuran dan perbelanjaan festival itu termasuklah konsert tiga kumpulan pop Korea yang mencetus kontroversi sebelum ini.

“Beliau memberikan jawapan yang memuaskan tentang polisi dan proses yang berlangsung tahun lalu.

“Kami tak bercadang untuk memanggil beliau semula,” katanya selepas mendengar penjelasan bermula jam 11 pagi, Khamis. bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2013 12:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: