Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Shafee dedah hubungan Anwar dengan Mat Zain minggu depan

11 DIS: Semua sedia maklum, sejak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelbagai tohmahan telah dilempar kepada beliau.

Ianya tidak lain bertujuan mencemarkan kredibiliti Shafee agar beliau digugurkan daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

ANWAR vs SHAFEE: Kenapa Anwar begitu takut jika Shafee mengetuai pasukan pendakwaan hingga sudah dua kali memohon di mahkamah untuk singkirkan beliau.

ANWAR vs SHAFEE: Kenapa Anwar begitu takut jika Shafee mengetuai pasukan pendakwaan hingga sudah dua kali memohon di mahkamah untuk singkirkan beliau.

Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya.

Alasan mahkamah ialah hujah peguam bela Anwar bahawa Shafee adalah saksi material bagi kes liwat Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah lemah dan tidak ada bukti yang cukup untuk menyokong bantahan itu.

“Perbicaraan kes itu sudah berakhir. Beliau ditawarkan sebagai saksi namun tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Justeru, isu konflik kepentingan dan pelanggaran Akta Profesyen Undang-Undang (LPA) (1976) tidak timbul,” kata panel tiga hakim diketuai Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, Anwar sekali lagi cuba menyingkirkan Shafee dengan mengaitkan peguam kanan terkemuka itu dengan kes yang melibatkan Peguam Negara.

Anwar mendakwa Shafee telah menyembunyikan bukti-bukti salahguna kuasa dan rasuah Abdul Ghani sehingga membawa kepada kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Bagaimanapun, dakwaan Anwar itu hanya bersandarkan kepada akuan bersumpah yang dibuat oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim baru-baru ini.

Setelah sekian lama berdiam diri, Shafee pada Rabu tampil bersuara.

Kata Shafee, beliau akan mendedahkan hubungan Anwar dengan Mat Zain dalam perbicaraan kali kedua kes permohonan untuk mengenepikan beliau sebagai timbalan pendakwa raya yang dikemukan Anwar minggu depan.

Menurut Shafee, afidavit yang difailkan beliau menunjukkan kenyataan Mat Zain itu ‘condong’ kepada apa yang dikatakannya dalam akuan bersumpah (SD) 7 Oktober lalu dengan apa yang dikatakannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Afidavit saya disokong oleh Datuk Ramli Yusuff (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) . Saya tidak perlu meminta Matthias Chang untuk mengesahkannya, tetapi tidak perlu melibatkan Tun (Dr Mahathir Mohamad).

“Tetapi akan ada pendedahan menarik akan didengar (ketika perbicaraan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya), berkaitan hubungan Mat Zain dengan Anwar,” kata Shafee.

Permohonan Anwar untuk mengenepikan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 19 Disember.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 December 2013 7:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: