Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Shafee kekal ketuai pendakwaan kes liwat Anwar

21 NOV: Mahkamah Persekutuan pada Khamis menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melucutkan kelayakan peguam kanan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi rayuan kes dakwaan liwat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjangkakan keputusan itu.

Melalui laman mikro Twitternya, Anwar berkata, “Mahkamah Persekutuan: Seperti dijangka mengekalkan perlantikn ShafieAbdullah (yang selama ini dikenali sebagai Peguam Umno) pendakwa (dalam rayuan terhadap saya).

shafieabdullah

SHAFEE kekal ketuai pendakwaan rayuan kes liwat Anwar

Ogos lalu, pasukan peguam yang mewakili Anwar memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2013 5:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: