Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

SHAH Pekan terima sumbangan RM1.9j

19 NOV: Datuk Seri Najib Razak menyampaikan sumbangan RM1.9 juta bagi melaksanakan kerja menyelenggara dan memperbaiki kemudahan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan).

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan menyampaikan sumbangan itu kepada Pengetua Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Adnan A Aziz ketika melakukan tinjauan mesra di sekolah terbabit hari ini.

Najib tiba di sekolah itu kira-kira jam 9.50 pagi yang kemudiannya beramah mesra dengan guru, murid dan masyarakat setempat.

Perdana Menteri juga sempat meninjau keadaan sekolah yang berusia 28 tahun itu dan sempat bersarapan bersama orang ramai di kantin sebelum ke majlis lain di Pekan.

Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri yang menyampaikan sumbangan itu dan ia bakal memberi keselesaan kepada warga sekolah itu.

“Memang banyak kena perbaiki seperti asrama dan dewan…sumbangan ini tepat pada masanya lebih-lebih lagi kami akan menjadi penganjur Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh peringkat kebangsaan kali ke 45 pada tahun depan,” katanya.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2017 12:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: