Kategori Berita Utama

Shahrir rindu zaman Tun Razak, gembira Najib teruskan legasi

5 FEB: Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abd Samad gembira Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan perjuangan allahyarham bapanya dengan menyokong peranan FELDA mengimbangi kedudukan luar bandar dengan bandar.

Katanya kelulusan “matching grant” sebanyak RM50 juta kepada peruntukan sama disediakan FELDA  bagi 2018 yang diumum Perdana Menteri semalam membuktikan sokongan Najib kepada FELDA 2.0

Malah tegas Shahrir, persetujuan Najib untuk FELDA diberi kuota Feed-in-Tariff Solar PV sebanyak 80MW bagi 2018 dan 2019 juga mengesahkan sokongan beliau kepada agensi itu sebagai peneraju usaha mengurangkan jurang diantara luar bandar dan bandar.

“Mengimbangi kedudukan luar bandar dengan bandar adalah tugas FELDA semasa zaman Tun Abdul Razak (Tun Hussein). Saya gembira  Datuk Seri Najib meneruskan perjuangan ini dengan menyokong peranan FELDA.

“Bukan itu sahaja, langkah menaikkan pengangkutan awam seperti ECRL (Laluan Rel Pantai Timur)  dan kemudahan jalanraya seperti Central Spine Road yang membawa manfaat  kepada rakyat jelata khususnya di luar bandar adalah bukti jelas betapa Perdana Menteri mengambil berat keperluan rakyat,” katanya.

Najib semalam melancarkan FELDA 2.0 di Lurah Bilut, tanah rancangan pertama dibuka oleh allahyarham Tun Abdul Razak pada 1958.

Dalam pada itu, Shahrir mengakui bahawa beliau rindu kpd zaman Tun Abdul Razak yang ketika pentadbirannya,  kemajuan tidak tertumpu di kota dan bandar sebaliknya mengharapkan kemewahan melimpah turun ke kampung-kampung.

“Di zaman Tun Razak, kemewahan tidak ditumpukan kepada manusia pilihan dan kemewahan itu melimpah turun kpd rakyat jelata. Di zaman Tun Razak, know-how yg penting bukan know-who,” katanya kepada BNBBC.my.

Menurut Shahrir, FELDA adalah legasi Tun Abdul Razak.

“Hari ini, kejayaan FELDA telah jadi tapak kukuh untuk kita buat lonjakan ke hadapan melalui FELDAa 2.0. Ianya lonjakan mengguna teknologi masakini supaya FELDA terus menerajui usaha transformasi luar bandar sehingga pelbagai jurang antara luar bandar dan bandar dapat dikurangkan,” jelasnya lagi.

Katanya, inilah tanggungjawab generasi “anak-anak Tun Abdul Razak” yang mendudukki kepimpinan negara.

“Saya juga dalam generasi ini. Tanggungjawab saya sebagai pengerusi FELDA ialah untuk melonjakkan masyarakat FELDA ke hadapan bagi mencapai aspirasi negara,” kata beliau.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2018 10:28 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: