Kategori Berita Utama

Shahrizat beri bayangan sedia bertanding PRU14

5 FEB: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil membayangkan sedia bertanding di mana-mana kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Walau bagaimanapun Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan segala keputusan berhubung status politik beliau terletak kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskannya.

Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bercakap pada sidang media selepas lawatan Ziarah sayang sempena sambutan Tahun Baru Cina di Rumah Pusat Jagaan Selangor King George V Silver Jubilee Fund

”Sebenarnya ini bukan urusan saya, segala pertimbangan mengenai kedudukan saya terletak di tangan pengerusi BN.

”Kita sebagai orang politik mesti bersedia untuk menghadapi segala-galanya, tetapi semua terpulanglah kepada Perdana Menteri,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun baru Cina 2018 kepada 125 warga emas wanita di Pusat Penjagaan Warga Emas Selangor King George V di Ibu Negara hari ini.

Program tahunan anjuran Wanita BN itu bertujuan untuk meraikan warga emas dan mereka yang kurang upaya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Berhubung desas desus yang mengaitkan beliau akan membuat kemunculan semula dengan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRU14 kali ini, beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO melahirkan penghargaan kerana sering mengaitkan namanya bertanding di beberapa tempat.

“Pada saya sebagai ketua wanita mesti tentukan bahawa kepimpinan wanita mendapat perhatian Perdana Menteri.

“Ini bukan urusan saya, saya ucapkan terima kasihlah kepada semua yang bercakap tentang nama saya bertanding sana sini, dalam politik biarlah orang mahu kita,” katanya.

Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan sumbangan dan beramah mesra bersama sebahagian warga emas semasa lawatan Ziarah sayang sempena sambutan Tahun Baru Cina di Rumah Pusat Jagaan Selangor King George V Silver Jubilee Fund,Cheras. Turut hadir Ketua wanita MCA Datuk Heng Sei Kie dan Pengerusi Exco merangkap Pemegang Amanah Selangor King George V Silver Jubilee Fund

Sementara itu Shahrizat menambah, Wanita BN telah menghantar manifesto kepada Pengerusi BN dan antaranya adalah cadangan pembinaan Pusat Jagaan Integrasi di setiap kawasan.

“Saya lihat pada hari ini banyak pusat jagaan orang tua hanya fokus warga emas tetapi tiada aktiviti komuniti antara mereka.

“Saya rasa kita kena tukar supaya mereka dapat bergaul antara sesama mereka termasuk kanak-kanak supaya memberi keceriaan dan tidak keseorangan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2018 6:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: