Kategori Berita Utama

Shahrizat bertanding PRU-14?

4 DIS: Spekulasi Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan kembali bertanding pada PRU ke-14 ini kian bertiup kencang.

Kenyataan ini telah diperkuatkan lagi apabila Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan sudah tiba masanya untuk Shahrizat menggalas peranan penting selari dengan kedudukannya sebagai ketua sayap parti itu pada masa hadapan.

“Saya berharap Shahrizat akan diberikan kedudukan paling penting selepas pilihan raya,” katanya ketika berucap perasmian penutup Persidangan Antarabangsa Wanita dalam Politik Kuala Lumpur 2017 di PWTC, Isnin.

Bagaimanapun Zahid tidak menjelaskan lebih lanjut maksud sebenar beliau tersebut.

Ketua Wanita UMNO itu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU ke-12 apabila kalah dengan calon PKR Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun, Shahrizat tidak bertanding dalam PRU ke-13 lalu.

Delegasi-delegasi wanita luar negara tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada Majlis penutup WIPKL 2017 (Women In Politics Kuala Lumpur 2017) di PWTC.

Sementara itu, Zahid berkata, kerajaan sentiasa komited dalam membela nasib kaum wanita di negara ini.

“Saya akan berjanji bahawa saya akan berbisik kepada Perdana Menteri untuk membuat angka dua kali ganda.

“Saya harap jawatankuasa persidangan inj akan bekerja selama-lamanya dengan kerajaan, dan marilah kita menumpukan usaha kita dan menterjemahkannya kepada realiti,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 7:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: