Kategori Berita Utama

Shahrizat, Khairy & Mas Ermieyati diumum menang jawatan ketua sayap

Persaingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri berakhir awal pagi Ahad apabila Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Mas Ermieyati Samsudin diisytihar secara rasmi sebagai pemenang.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli, mengumumkan secara rasmi jawatan Ketua Wanita UMNO telah dimenangi Shahrizat apabila memperolehi 100 undi dari bahagian.

Ditabal pemenang Ketua Pergerakan Wanita

Ditabal pemenang Ketua Pergerakan Wanita

Khairy pula diisytihar pemenang jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila memperolehi 97 undi.

Khairy diisytihar pemenang Ketua Pergerakan Pemuda

Khairy diisytihar pemenang Ketua Pergerakan Pemuda

Manakala Mas Ermieyati “dinobatkan” memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO dengan 96 undi.

Mas Ermieyati dinobatkan pemenang Ketua Puteri

Mas Ermieyati dinobatkan pemenang Ketua Puteri

Sementara itu, keputusan penuh untuk semua jawatan ketiga-tiga sayap UMNO akan diumumkan secara rasmi oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013 tengahari Ahad. – 13/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 October 2013 4:54 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: